9 warga Sri Lanka dakwa tak dibayar gaji sejak Mac

9 warga Sri Lanka dakwa tak dibayar gaji sejak Mac

Sembilan warga Sri Lanka yang bekerja sebagai tukang cuci sebuah syarikat rangkaian pawagam terkenal di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang membuat laporan polis selepas majikan mereka didakwa gagal membayar gaji selama enam bulan.
Mereka membuat aduan tersebut di Balai Polis USJ 8 hari ini dengan dibantu Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan serta beberapa yang lain.
Laporan polis yang dilihat Malaysiakini itu mendakwa mereka datang ke Malaysia dengan permit kerja yang sah pada April 2019 dan bekerja di syarikat pawagam terbabit sejak Mei 2019.
Laporan lanjut:

warga,Lanka,dakwa