Gajah mengamuk pijak kereta, lima individu selamat

Gajah mengamuk pijak kereta, lima individu selamat

Lima individu dilaporkan selamat dan berjaya menyelamatkan diri apabila kenderaan mereka dipijak oleh seekor gajah di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) dekat Gerik, malam tadi.
Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku dipercayai apabila gajah tersebut bertindak agresif selepas sebuah kereta lain membunyikan hon terhadap gajah tersebut.
Dalam satu video yang dimuat naik di media sosial oleh seorang penguna lebuhraya, kereta terbabit terbabas ke tepi jalan dan mengalami kerosakan selepas dipijak oleh gajah terbabit.

Gajah,mengamuk,pijak