PENERBIT Datuk Rafiena Ezanee memberitahu banyak terlepas momen indah bersama anak-anaknya sewaktu mereka kecil berikutan sibuk dalam urusan perniagaan.
Rafiena, 37, berkata, dia mengambil peluang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) untuk menghabiskan masa bersama anak-anak dan keluarganya.
“Dulu masa umur 20 lebih saya gila kerja, 80-90 peratus waktu saya adalah di pejabat dan sekarang saya ingin bayar balik momen bersama anak-anak.
“Sekarang umur dah 37, rasa nak lebih dekat dengan anak, sekarang 40 peratus kerja dan 60 peratus waktu untuk keluarga,” ujarnya kepada mStar.