Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini menerima kejutan nyanyian lagu “Allah Selamatkan Tuanku” daripada warga Istana Negara bagi meraikan Hari Ulang Tahun Keputeraan ke-61 baginda di Istana Negara, pagi ini.
Baginda turut dikejutkan dengan persembahan sebuah kek dan pulut kuning daripada warga Istana Negara.
Menurut video yang dimuat naik oleh laman Facebook rasmi Istana Negara, kejutan itu diadakan ketika baginda dan Raja Permaisuri Agong bersedia untuk berangkat pulang ke Kuantan, Pahang.
Sumber visual: